Sunday, November 4, 2012

Hudud versi PAS, versi Umno?

 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/11/04/hudud-versi-pas-versi-umno/


Hudud versi PAS, versi Umno?

Zainal Abidin Nor
 | November 4, 2012
Kalau hudud PAS dipolitikkan, mahukah Chua Soi Lek menerima hukum hudud versi Umno?
COMMENT
Setelah puas menghentam dan menghina kesucian syariat Islam menerusi hukum hudud Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mula sedar bahawa dirinya kini tersepit dan bertindak memutar belitkan kenyataannya.
Dalam akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia hari ini, Soi Lek dalam kenyataannya menjelaskan pendirian parti perkaumannya mengenai hukum hudud di bawah tajuk ‘Kami hanya tentang hudud versi PAS’.
Di antara lain, beliau berkata, “ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politik (PAS) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam).
“Isu ini sebenarnya telah  dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (PAS) itu adalah agama Islam,” kata Soi Lek dalam kenyataannya itu.
Sekali lagi Soi Lek mendedahkan kecetekan ilmunya tentang Islam dan lagi banyak beliau mengeluarkan kenyataan tentang Islam dan hukum hudud ternyata terserlah lebih banyak kesalahan dan kesilapannya.
Kenyataan terkini tentang hudud ialah dakwaan beliau bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini adalah hudud versi PAS. Barangkali kenyataan beliau ini dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada para pemimpin Umno bagi meredakan kemarahan umat Islam yang semakin memuncak.
Istilah hudud ‘versi PAS’ ini mula dipelopori oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sekitar tahun 1994 apabila beliau menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan memberi amaran keras.
Dr Mahathir cuba untuk mengelirukan umat Islam agar menerima dakyah beliau bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan itu adalah hudud versi PAS dan bukan hudud dalam Islam yang sebenar.
Ramai yang terpedaya dan ada yang keliru dengan propaganda Dr Mahathir ini hingga ada yang menganggap hukum hudud ini sengaja dipolitikkan oleh PAS dan bukan tuntutan yang tercatat dalam Al Quran.
Kini Soi Lek mula memutar belitkan kenyataannya apabila mendapati semakin ramai anggota masyarakat Cina yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang hudud dan boleh menerima pelaksanaannya.

Semakin ramai Cina terima hudud
Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati penerimaan pelaksanaan hukum hudud di kalangan masyarakat Cina meningkat sebanyak 12 peratus.
Kajian persepsi pertama ini dijalankan tahun lepas melibatkan 683 responden Melayu dan 245 responden Cina dan kajian kedua melibatkan 1,041 responden Melayu dan 385 responden Cina.
Kebimbangan Soi Lek ini didedahkan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow yang berkata, tindakan Soi Lek itu telah menambah rasa ingin tahu anggota masyarakat Cina tentang hudud.
“MCA cuba fitnah isu hudud hingga menyebabkan rasa ingin tahu masyarakat Cina terhadap hudud semakin bertambah dan inilah masanya untuk pimpinan PAS menerangkan mengenai hudud yang sebenar,” katanya.
Sebenarnya Soi Lek takut dengan pelaksanaan hukum hudud kerana beliau bimbang sokongan masyarakat Cina terhadap partinya yang lapuk itu, lama kelamaan akan terhakis dan lenyap dari muka bumi ini.
Kalau tidak masakan beliau melenting apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat encadangkan bahawa negeri Johor seharusnya melaksanakan hukum hudud untuk semua kaum berbanding dengan Kelantan yang mahu melaksanakan untuk umat Islam sahaja.
Soi Lek menganggap Adun Umno itu sudah hilang akal kerana mencadangkan perkara ini dan ini menyerlah peribadinya yang sebenar,
sikapnya yang anti Islam dan usahanya dalam menyebarkan ‘Islamophobia’.
Hudud versi Umno?
Kalau tidak, mahukah Soi Lek menerima hukum hudud versi Umno kerana Adun yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor ini adalah datangnya daripada seorang Adun dari Umno, sekutunya dalam Barisan Nasional?
Bukti lain Soi Lek ini ialah seorang anti Islam ialah apabila beliau mendakwa bahawa daripada 11 buah negara yang melaksanakan hukum hudud, lapan negara adalah paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Di sini kita ingin bertanya adakah negara-negara yang beliau dakwa paling korup, tidak stabil dan tidak selamat itu, walaupun kenyataan beliau ini disanggah oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, melaksana dan mempraktik hudud versi PAS?
Taktik MCA menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan isu hudud ini sebenarnya membimbangkan Umno dan merugikan MCA sendiri.
Ahli-ahli Umno yang mengaku dirinya Melayu tulen dan beragama Islam tidak akan sanggup melihat agamanya (Islam) dipijak-pijak dan dihina sebegitu rupa oleh Soi Lek.
Isu hudud ini akan menjauhkan orang-orang Melayu daripada Umno dan membuat anggota masyarakat Cina ingin mengetahui syariat Islam dengan lebih dekat.
Dari sudut mana pun anda lihat, isu hudud yang menimbulkan polemik ini akan menguntungkan parti atau golongan yang menyokong Islam dan akan merugikan Umno-Barisan Nasional.
Sebenarnya tidak ada hudud versi PAS atau versi Umno, yang ada hanya hudud Islam. PAS dan Umnolah yang harus menerima dan mematuhi syariat Islam, yang di dalamnya terkandung di antara lain, undang-undang hudud, qisas dan takzir.
Mereka cuba memadamkan cahaya Allah dan menggantikannya dengan kegelapan tetapi sudah pasti Allah akan memelihara dan memenangkan agamanya!



Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


  • Lubin Chiew ·  Top Commenter · University Of south Glamorgan. and Univesity Of Wales
    The crime for adultery in the Hudud law is u be stoned to death. no wonder lah Dr soiled lek takut.


    • Lim Hwah Beng ·  Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      I am sure the hudud ala UMNO is a corrupted version. That's why is Soi Lek not in opposition to it. He is opoosed only to hudud ala PAS because under a genuine uncorrupted hudud, most of his extremities would have to go.

    • Phillip Chong Sun ·  Top Commenter · MTCJB
      How I wish to see the Hudud laws being applied on this Chua Soi Lek for committing adultery. Organising the stone throwing competition in Bukit Jalil Stadium will be a good idea.

      • Toh Leong ·  Top Commenter
        Hudud berasal dari Quran. Tak kan ada perbezaan di antara hudud PAS dan hudud UMNO. Hudud UMNO tak potong tangan untuk pencurian? CSL hanya pandai sandiwara.

        • Sathya Kumar ·  Top Commenter · Klang
          ya anything non-muslim give comment about islam is consider anti-islam and those in umno and pas can bash non-muslim's faith upside down and said coolly that their talking facts...just get religion out of politic and try build a good human relationship...from thousand years ago and until now people r gettin killed and killing in the name of religion telling their's r true 1... I'm not bn supporter but I'm really admired that old chua word..he's telling some truth and RPK also had been talk about this same topic in his blog...when pakatan win all muslim mp will vote favor to pas to bring hudud...and is ok than onli we will know wat will happen until than relax and vote pakatan...

          • Casey Tan ·  Top Commenter · Kuala Lumpor, Kuala Lumpur, Malaysia
            Where's Khairy and Nazri to defend Islam if Perkasa and PM kept quiet over the repeated condemnation of Chua Soi Lek over Hudud implementation? I expect the UMNO youth chief to take a stand over the adulterer's persistent attack on HUDUD, and the outspoken Nazri to tell Chua to shut up. I do not believe that only PAS stands up for Islamic prinicple. If this takes a Chinese to do so, I would be happy to. Give back to the adulterer what he deserves.

            • Barnard Gui ·  Top Commenter · Master Mariner at AET
              Again MCA is like stray dogs in the street.... trying all sort of crapdung method to frighten the nation with the issue of HUDUD. You know what happens to stray dogs right..... they are caught by the BANDARAYA and then put to sleep....

              • Henry Por Soon Aik ·  Top Commenter · TARC
                Pernah kah Kerajaan dibawah pimpinan PAS potong tangan pencuri? @ pencuri dibaling batu sehingga mati......

                Aish ish ish ish....... CSL apa itu HUDUD versi PAS? You faham apa itu hudud....

                • Azman A. Hamid ·  Top Commenter
                  Just wondering. What is the punishment for corruption, murder and police abuse and cruelty under hudud?

                  • Roland Shyan Loong ·  Top Commenter
                    Hudud

                  No comments: