Friday, September 17, 2010

Pembunuhan Sosilawati dilaporkan oleh Harian Metro

Senarai artikel untuk carian kata kunci sosilawati :

Kejadian tragis menimpa Sosilawati tidak boleh diterima
KUALA LUMPUR: Kenalan rapat Datuk Sosilawati Lawiya menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.

Kes bunuh Sosilawati: Dikebumi sebelah pusara kakak sulung
BATU PAHAT: Jenazah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, akan dikebumikan bersebelahan pusara kakak sulungnya, Saniah, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Menanti, Sri Medan.

Kes bunuh Sosilawati: Arwah mahu kongsi untung
KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya difahamkan terlalu yakin urusan perniagaan dijalankan sebelum kehilangannya pada 30 Ogos lalu berjaya, malah arwah sudah mencongak untuk berkongsi keuntungan itu dengan cara tersendiri.

Kes bunuh Sosilawati: Harap anak arwah tabah
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Lefthanded, Nash yang juga bekas suami kepada Datuk Sosilawati Lawiya, berharap semua enam anak ahli perniagaan berusia 47 tahun itu tabah dan kuat menghadapi kenyataan bahawa ibu mereka sudah kembali ke rahmatullah.

Polis bawa suspek ke tempat kejadian di Tanjung Sepat
BANTING: Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat, dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terbabit dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.

Kematian Sosilawati kehilangan besar kepada Kampung Seri Menanti
BATU PAHAT: Berita kematian Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mengejutkan penduduk tempat kelahiran jutawan kosmetik itu, Kampung Seri Menanti, Sri Medan, dekat sini.

Kes bunuh Sosilawati: 'Dia bagai idola kampung'
BATU PAHAT: “Dia (Datuk Sosilawati Lawiya) bagaikan idola kampung ini,” kata Bejo Sungadi, 42, jiran sekampung Sosilawati, di Kampung Seri Menanti, dekat Seri Medan, di sini, semalam.

Sosilawati disenangi kenalan
JUTAWAN kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiyah, 47, bukan hanya dikenali selepas bersuamikan bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nasharudin Elias atau Nash malah mempunyai kenalan rapat di kalangan selebriti popular tanah air. Sikap pemurah dan rendah diri Sosilawati ternyata disenangi ramai kenalan dan sahabat antara nya artis serba boleh, Roslan Shah dan penyanyi, Zur Eda.

Anggota keluarga reda dengan pemergian Sosilawati
KUALA LUMPUR: Anggota keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjong Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.

Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Keluarga Sosilawati masih menunggu pengesahan polis
KUALA LUMPUR: Sehingga kini keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, 47, belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak polis berikutan penemuan empat mayat di senuah ladang ternakan di Teluk Gadong, dekat Tanjung Sepat, Morib.

Kes bunuh Sosilawati: Nyaris jadi mangsa kelima
KUALA LUMPUR: “Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.

Operasi cari bahan bukti pembunuhan Sosilawati diteruskan
BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin hari ini meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit
KUALA LUMPUR: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.

Ibu Kamaruddin harap penemuan tragis tidak babitkan anaknya
KUANTAN: Ibu Kamaruddin Shamsuddin, pemandu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, masih mengharapkan penemuan tragis keempat-empat mangsa bunuh yang dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai, tidak membabitkan anaknya.

Filem ganas mesti disekat
KUALA LUMPUR: Pendedahan dan pengaruh anasir keganasan dalam filem mesti disekat jika negara serius hendak mengatasi masalah jenayah keganasan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Henti sebar khabar angin
KUALA LUMPUR: “Kami mengharapkan dia (Datuk Sosilawati Lawiya) akan kembali. Semua anak kakak merinduinya, lebih-lebih lagi dalam sambutan Aidilfitri,” kata Masturi Lawiya, 42, adik kepada jutawan kosmetik itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Pejabat Sosilawati lengang, operasi CIMB di Kampung Baru berjalan seperti biasa
KUALA LUMPUR: Pejabat Nouvelle Beauty Sdn Bhd di Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang turut menempatkan pusat rawatan muka dan spa ditutup hari ini, manakala perkarangan premis itu juga kelihatan lengang.

Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini
BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.

Isteri mangsa bunuh dan bakar tidak mampu baca surat khabar atau tengok telivisyen
KUALA LUMPUR: Isteri kepada salah seorang mangsa yang dipukul, dibunuh dan dibakar di Banting Selangor, Suzana Radim Pangat, tidak mampu lagi membaca surat khabar atau melihat berita televisyen untuk mengetahui perkembangan kes itu.

No comments: