Wednesday, November 4, 2009

"Count The Panties Contest" Issue

NGO marah iklan peraduan hitung seluar dalam wanita
Nov 4, 09 2:05pm
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya penyiaran iklan Count The Panties Contest seperti dimuatkan di sebuah akhbar tempatan semalam.

Iklan yang memuatkan borang penyertaan tersebut "tidak mengambil kira sensitiviti dan pegangan kesopanan dan kesusilaan rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam", kata presidennya SM Mohamed Idris.

"Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila menyiarkan iklan yang secara langsung menggalakkan penyertaan para pembaca akhbar dalam peraduan mengira jumlah seluar dalam wanita," katanya.

"CAP amat ingin mengetahui rasional di sebalik tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenarkan iklan sedemikian disiarkan dalam media arus perdana negara."

Dalam satu kenyataannya semalam, CAP menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan proaktif untuk memastikan "iklan-iklan murahan" tidak disiarkan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia melarang kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu seseorang.

Tambahnya, kandungan yang disifatkan tidak sopan itu pula termasuklah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum.

"Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks. Persoalannya apakah iklan mengira seluar dalam wanita ini terikat di bawah akta ini?" kata Mohamed lagi.

CAP juga merujuk peruntukan Akta Iklan Lucah Sopan 1953 yang bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan seks.

Menurut Seksyen 3 akta itu, menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.

"Jadi, apakah peranan akta ini dalam membendung iklan lucah sedemikian?" kata aktivis pengguna berpengalaman itu.

Peraduan khas untuk golongan wanita itu menghendaki pesertanya mengira jumlah seluar dalam di dalam sebuah jam dengan ganjaran RM1,000 seorang bagi 200 pemenang.

Hadiah itu pula dibayar dalam bentuk kredit panggilan telefon sama ada pascabayar atau prabayar.

Dianjurkan oleh syarikat jenama tuala wanita popular, peraduan itu bermula awal bulan lepas hingga 31 Disember ini.

Friday, October 30, 2009

Skandal Jambatan Gantung Kem 1Malaysia Runtuh

Jambatan dibina tak ikut prosedur?
Salhan K Ahmad
Okt 30, 09
12:27pm
Seorang kontraktor berpengalaman di Kampar berkata jambatan gantung yang runtuh dan mengorbankan tiga murid sekolah peserta kem 1Malaysia di situ malam Isnin lalu, mungkin dibina tanpa mengikut prosedur.

Pengarah urusan syarikat Jeram Bersatu Corporation, Mohd Kamal Rabaai berkata sekiranya prosedur itu dipatuhi, jambatan gantung di kawasan SK Kuala Dipang itu tidak mungkin runtuh dengan mudah.

"Kalau tengok pada jambatan yang runtuh itu, saya rasa ujian tanah pun tidak dibuat," kata beliau yang juga telah meninjau kesan jambatan yang runtuh itu.

Mohd Kamal yang berpengalaman membina jambatan berkata, beliau mendapati tapak asas yang memegang sangga kabel jambatan itu, dibuat terlalu tohor dan tidak menggunakan cerucuk.

"Saya nampak ada yang tidak betul. Tapak asas pemegang kabel itu tak cukup dalam. Sepatutnya kena ada cerucuk, kurang-kurang pun 30 kaki," katanya.

Kontraktor berusia 41 tahun itu juga berkata, beliau percaya jambatan gantung itu direka bentuk sedemikian untuk menjimatkan kos.

"Kalau jambatan gantung macam ini saya ingat tak sampai RM30,000. Kalau dia bina jambatan konkrit mungkin cecah hingga RM200,000," kata Mohd Kamal.

Mengikut prosedur, katanya, seseorang kontraktor pada awalnya perlu memperolehi dokumen "surat mula kerja" daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN).

Dalam bidangkuasa JPN


"Ini kerana jambatan itu dibina dalam kawasan sekolah dan kawasan ko-kurikulum - kedua-duanya di bawah bidang kuasa JPN," kata Mohd Kamal yang berpengalaman sebagai kontraktor am selama 10 tahun.

Katanya lagi, seseorang kontraktor itu juga perlu membuat ujian tanah di kawasan terbabit serta ujikaji makmal.

Ahli perniagaan itu juga menjelasnya, khidmat ini disediakan oleh jabatan kerja raya dan juga oleh makmal-makmal swasta.

"Daripada ujian makmal ke atas tanah itu, barulah kita dapat tahu bentuk tanah di situ dan apa bahan yang perlu digunakan serta rekabentuk yang sesuai," kata Mohd Kamal lagi.

Setelah pembinaan selesai, tambahnya, JPN juga perlu mengeluarkan "surat boleh guna" untuk mengesahkan projek berkenaan selesai.

Menurut Mohd Kamal lagi, JKR tidak perlu menyelia projek berkenaan kerana JPN sendiri mempunyai unit teknikal untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil seperti ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam pembinaan jambatan maut itu.

"Saya tidak kenal siapa yang bina. Ada yang kata dari Kuantan, dari Pahang, macam-macam...," katanya.

Saturday, March 14, 2009

Man in photo with woman ‘not Nazri’

Saturday March 14, 2009

Man in photo with woman ‘not Nazri’


KUALA LUMPUR: A photograph, posted on a website showing a man with a woman in a compromising position, is not that of Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz as claimed by the foreign blog.

One of the other photographs is, however, that of Nazri, who is shown sitting on a couch at Parliament lobby.

The owner of the blog claimed that the photographs were sent by a contributor several months ago.

Nazri declined to comment when contacted but people familiar with the politician said it was not him.